Sunday, 28 July 2013

cerpen :Isteri yang tak dianggap !

"Apa! Tok ayah tak boleh buat macam ni..Faiz dah ada calon  pilihan sendiri ! lagipun kami dah lama bercinta .. Tok ayah tak boleh buat macam ni" Bentakku Geram. Haiss 
"Tok ayah tak peduli ! Megat Faiz kau kena nikah dengan Nur Zayra. Titik. kalau tidak satu sen pun harta ni kau takkan dapat !faham"ujar Tok Ayah tegas. Ya !Nur Zayra gadis pilihan Tok Ayah seorang jururawat Peribadi Tok Ayah yang akan digandingkan denganku! arghh serabut kepala..Harta tuh sangat penting untukku. baik!keputusanku  muktamad. Ya !aku akan tunaikan permintaan Tok Ayah kahwin dengan dia dan sesudah itu aku akan ceraikan dia" sambil tersenyum sinis persetujuan telah dibuat !

"Aku terima nikahnya Nur Zayra binti Idris dengan mas kahwinnya RM 200 tunai" Dengan Sekali nafas Aku sah menjadi isterinya ! ya isteri kepada Megat Faiz bin Megat Fazlan yang merupakan majikanku. Aku bahagia melakukan ini semua asalkan tok Ayah bahagia"
Sewaktu majlis pembatalan air sembahyang aku sempat memerhatikan langkahnya yang suram menuju ke arahku. Seakan terpaksa ! aku sedar aku hanya gadis biasa yang tiada keistimewaanya dan dia ! seorang usahawan muda yang berjaya ,Kacak,!berkarisma dan perfect ! 
Lamunan ku terhenti apabila dia menghulurkan tangan untuk menyarungkan cincin kepadaku,aku menymbut dan turus menyalami tangannya. Seakan arus elektrik beberapa saat lantas dia menarik tangannya menjauhiku. Daripada perlakuaannya aku tahu dia tidak menyukaiku. Aku pasrah. Aku hanya mampu tersenyum kepada tetamu yang hadir.


Setelah segalanya selesai aku melangkah longlai ke Kamar yang bakal jadi milikku dan dia. Aku mengetuk pintu perlahan sebelum ada suara yang menyuruhku masuk Dari riak wajahnya aku tahu bahawa dia sangat benci padaku. Okey aku akan ikut semua kemahuan dia asalkan tok ayah bahagia dengan pernikahan ini.

kau















No comments:

Post a Comment